: MEREKA sentiasa ada :

Wednesday 30 November 2011

#016 : oh !! Bahagia nya dia

PUISI CINTA....
Tribute to Zahiril Adzim - Sheera....


Aku pasti punya masalah
 tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, 
kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku....

Ampunkan aku...
kalau aku pernah berkasar
 Ampunkan aku...
 kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku....
kalau aku pernah menjerit...
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku,..
 percayalah sebabnya ialah...
 kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,.
 Memang hidup itu ..
tidak pernah ada jaminan keselamatan,Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. ..
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, 
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik.
Setiap nafasku..

Aku sering menadah telapak tangan 
dan memohon pada Tuhan agar kau.
bukan sahaja menjadi isteriku...
 tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku...
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku..
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, 
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku..


masih mencari


dia & aku

* semoga cerita cinta mereka
 berkekalan hingga selamanya....







2 comments: